Tampilkan postingan dengan label basikal. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label basikal. Tampilkan semua postingan

Keliling dunia dengan basikal pasangan Inggeris mati di Thailand

. Rabu, 01 Januari 2014
0 komentar

  18/02/2013
  detikNews
Foto: SWNS.com
Bangkok, - - Tragis! Pasangan dari Englandterbunuh dalam kemalangan    jalan raya di Thailand, ketika mereka sedang berkeliling dunia dengan menggunakan  basikal mereka.

Mary Thompson dan Peter Root telah 18 bulan ini melakukan perjalanan keliling dunia dengan basikal mereka. Pasangan dari Pulau Guernsey, England itu telah melintasi Eropah, Timur Tengah dan Asia Tengah. Mereka mendokumentasikan perjalanan mereka dalam film-flim pendek dan blog. Tercatat sudah 23 negara yang mereka lintasi dengan basikal mereka.

Polis Thailand menyatakan, pasangan berumur 30-an tahun itu sedang melintas di jalan utama di provinsi Chachoengsao, Thailand timur pada Rabu, 13 Februari lalu ketika sebuah truk pick-up keluar dari jalurnya dan melanggar pasangan itu. Pasangan seniman itu pun terbunuh  dalam kecelakaan itu.

"Mereka itu turis yang telah bepergian ke sejumlah negara sebelum sampai Thailand," kata pegawai polis setempat, Chaiyong Butrwan kepada kantor berita AFP, Isnin (18/2/2013).

Menurutnya,ketika  kejadian,  pemandu truk  sedang menunduk untuk mengambil topinya yang jatuh, namun kemudian kenderaan yang di pandunya melanggar pasangan Inggeris tersebut.

Thompson dan Root masuk ke Thailand awal bulan ini. Sebelumnya, mereka telah berbasikal melintasi 23 negara sejak bertolak dari Guernsey pada 12 Julai 2011 lalu.

Atas kejadian tersebut, sang pemandu truk saat ini dibebaskan atas jaminan.  Polis Thai menuntut lelaki itu atas dakwaan melakukan kelalaian yang mengakibatkan kematian, dengan ancaman hukuman penjara maksimum 10 tahun penjara atau denda 20 ribu baht, atau keduanya.
Read More..

Tersepit Basikal Sampai Nampak Tulang

. Kamis, 19 Desember 2013
0 komentar

Tersepit Basikal Sampai Nampak Tulang | Seorang kanak-kanak lelaki terpaksa menahan kesakitan hampir satu jam apabila tangan kanannya tersepit pada besi basikal ketika cuba membetulkan rantai kenderaan itu yang tercabut di Kampung Simpang Baba di sini kelmarin.
Tersepit Basikal Sampai Nampak Tulang

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu, tangan Mohd. Nur Iman Mohd. Zafri, 9, terperosok ke celah besi antara rim dan rantai basikal tersebut.

Akibat kejadian itu, dia mengalami kecederaan dengan kulit terkoyak sehingga menampakkan tulang ketika cuba menarik keluar tangannya.

Bapanya, Mohd. Zafri Said, 38, berkata, dia mengetahui kejadian yang menimpa anaknya itu selepas dimaklumkan oleh seorang guru dari sebuah sekolah tahfiz yang ternampak Mohd. Nur Iman menahan kesakitan.

Tersepit Basikal Sampai Nampak Tulang

Menurutnya, pada mulanya dia terkejut dan menyangka anaknya dilanggar kenderaan lain kerana melihat guru itu cemas ketika datang ke rumahnya yang terletak kira-kira 20 meter dari tempat kejadian.

"Anak saya tidak menangis, cuma sesekali dia mengerang menahan sakit dan saya cuba untuk mengeluarkan tangannya yang tersepit tetapi tidak berhasil," ceritanya ketika ditemui di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini semalam.

language="javascript" src="http://com/servlet/ajrotator/847945/0/vj?z=admaxasia2&dim=280733&pid=910f402a-9ffb-4ed1-8a31-80a1a50c9df3&asid=729fee93-bc62-4ef0-aa34-e6a62a90d508">


Mohd. Zafri berkata, kerana terlalu bimbang keselamatan anaknya dia lantas menghubungi pihak bomba untuk membantu mengeluarkan tangan kanak-kanak itu.

Sementara itu, Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Daerah, Ismail Mahmod berkata, pihaknya terpaksa memotong besi basikal itu dan meregangnya menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan tangan mangsa.

"Usaha menyelamat itu mengambil masa kira-kira 15 minit dan dia kemudian dihantar ke hospital," katanya ketika dihubungi.
Read More..