Tampilkan postingan dengan label isteri. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label isteri. Tampilkan semua postingan

Noryn Aziz Kini Selesa Dengan Status Isteri Kepada Raja Bahrin

. Kamis, 06 Maret 2014
0 komentar
Selepas hampir 3 tahun berdiam diri tentang statusnya, baru-baru ini Noryn Aziz telah membuat pengakuan yang dia sudah pun berkahwin dengan Raja Bahrin. Menurut Noryn, majlis perkahwinan telah pun diadakan di satu majlis tertutup di Kuala Terengganu pada 22 Januari 2010.

noryn aziz


Selama ini Noryn merahsiakan perkara ini kerana menghormati keluarga suaminya. Kata Noryn kepada wartawan Utusan:-
Untuk dua tahun pertama, banyak perkara yang harus diambil kira dan banyak hati yang perlu dijaga. Saya tidak mahu lagi cerita peribadi diperbesar-besarkan dan dihebohkan. Lagipun perkahwinan kami bukan satu rahsia malah ramai juga yang sudah tahu. Cuma, saya sahaja yang tidak mahu menghebohkan walaupun ia wajar dikongsi bersama. Hanya tahun ini, kami mula terbuka untuk berbicara tentang perihal ini dan ada beberapa majlis yang saya hadir bersama-sama suami. Saya kini lebih selesa dengan kehidupan baru ini. Malah, kami juga terus berusaha untuk memiliki cahaya mata sendiri tetapi belum ada rezeki
noryn aziz
Read More..

Enggan Bawa Isteri ‘Gemuk’ 3 Syarikat Disaman

. Rabu, 01 Januari 2014
0 komentar

Enggan Bawa Isteri Gemuk, 3 Syarikat Disaman
Enggan Bawa Isteri ‘Gemuk’, 3 Syarikat Disaman - Seorang lelaki Amerika Syarikat (AS), Janos Soltesz yang ‘kehilangan’ isterinya pada tahun lalu selepas tiga syarikat penerbangan enggan membawa isterinya itu dari Eropah ke AS, bertindak menyaman syarikat-syarikat terbabit berjumlah AS$6 juta (RM18 juta), semalam.
Syarikat-syarikat penerbangan itu enggan membawa isteri plaintif, Vilma Soltesz kerana wanita itu mempunyai berat badan yang berlebihan, menurut saman yang difailkan lelaki itu di Mahkamah Persekutuan di Manhattan.
Ketika kejadian itu, Soltesz dilaporkan mempunyai berat badan sebanyak 193 kilogram, selain berkerusi roda dan menghidap penyakit diabetis serta buah pinggang.
Soltesz ditemui meninggal dunia di kediaman percutian mereka di Hungary pada Oktober 24 Oktober lalu.
Menurut saman yang difailkan, ketiga-tiga syarikat penerbangan itu menyebabkan kematian dan melakukan kecuaian melampau. – paapaada.blogspot
Read More..