Tampilkan postingan dengan label syarikat. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label syarikat. Tampilkan semua postingan
Penjara San Quentin Penjara Terbesar Amerika Syarikat 16 Gambar
Label: 16, amerika, gambar, penjara, quentin, san, syarikat, terbesarPenjara San Quentin ialah penjara terbesar di Amerika Syarikat dan terletak di San Quentin California. Ianya mula memenjarakan penjenayah sejak 1852. Penjara San Quentin mempunyai keluasan sebesar 275 ekar. Ianya direka bagi memuatkan 3082 orang banduan pada satu-satu masa tetapi kerana masalah kesesakan yang kronik ianya menanpung 5222 orang banduan. Penjara San Quentin sangatlah besar ia mempunyai poskodnya sendiri bagi memudahkan hal surat menyurat. San Quentin juga merupakan satu-satunya penjara yang masih melakukan hukukan mati di California. Hukuman mati dilakukan menggunakan gas beracun sehingga 1996. Kini hukuman mati dilakukan dengan menggunakan suntikan beracun.
Selain memegang gelaran penjara terbesar Amerika Syarikat, San Quentin juga merupakan penjara yang mempunyai paling ramai banduan yang menanti hukuman mati di Amerika. Sebanyak 637 orang banduan bilik akhir memanti waktu untuk dijatuhi hukuman.
Kos operasi tahunan San Quentin ialah USD 210 juta! Sebanyak 1718 kakitangan digaji bagi memastikan urusan harian penjara ini berjalan lancar.
Antara banduan yang pernah atau sedang menjalani hukuman penjara di San Quentin ialah Danny Trejo, pelakon utama Machete dan Spy Kids. Beliau dipenajrakan disii selama tiga tahun dari 1965-1968. Pembunuh Robert F Kennedy, Sirhan Sirhan juga pernah dipenjarakan disini. Pembunuh bersiri Charles Manson juga pernah dipenjarakan disini sebelum dipindahkan pada tahun 1989.
Keadaan penjara San Quentin mungkin nampak teruk. Tapi jika dibandingkan dengan Penjara San Pedro Sula di Honduras, San Quention nampak macam hotel 5 bintang!




Enggan Bawa Isteri ‘Gemuk’ 3 Syarikat Disaman
Label: ‘gemuk’, 3, bawa, disaman, enggan, isteri, syarikat
Enggan Bawa Isteri ‘Gemuk’, 3 Syarikat Disaman - Seorang lelaki Amerika Syarikat (AS), Janos Soltesz yang ‘kehilangan’ isterinya pada tahun lalu selepas tiga syarikat penerbangan enggan membawa isterinya itu dari Eropah ke AS, bertindak menyaman syarikat-syarikat terbabit berjumlah AS$6 juta (RM18 juta), semalam.
Syarikat-syarikat penerbangan itu enggan membawa isteri plaintif, Vilma Soltesz kerana wanita itu mempunyai berat badan yang berlebihan, menurut saman yang difailkan lelaki itu di Mahkamah Persekutuan di Manhattan.
Ketika kejadian itu, Soltesz dilaporkan mempunyai berat badan sebanyak 193 kilogram, selain berkerusi roda dan menghidap penyakit diabetis serta buah pinggang.
Soltesz ditemui meninggal dunia di kediaman percutian mereka di Hungary pada Oktober 24 Oktober lalu.
Menurut saman yang difailkan, ketiga-tiga syarikat penerbangan itu menyebabkan kematian dan melakukan kecuaian melampau. – paapaada.blogspot