ANALISIS Pada masa ini, BN mungkin boleh berpuas hati dengan kemampuan mereka mengurangkan hampir separuh majoriti PAS dalam pilihan raya kecil Sungai Limau.
PAS semalam menang dengan majoriti 1,084 undi berbanding 2,774 majoriti undi pada pilihan raya umum dalam bulan Mei yang lalu.
Sungai Limau yang mempunyai 19 daerah mengundi, menyaksikan PAS kehilangan empat daerah mengundi kepada BN - Sungai Limau, Kabu Sepuloh, Sedaka dan Padang Lumat.
Ironinya juga, PAS kini menguasai Sungai Limau dengan hanya menang di sembilan daerah mengundi berbanding BN yang menang di sepuluh daerah mengundi.
Bagaimana pun, analisis menunjukkan BN sebenarnya berbelanja terlalu besar untuk memperolehi peningkatan undi yang terlalu sedikit.
Menurut PAS, BN membelanjakan kira-kira RM15.5 juta dalam kempen mereka di Sungai Limau.
Jumlah itu meliputi RM5.5 juta untuk sekolah menengah agama, RM2.25 juta untuk sekolah jenis kebangsaan Cina, dan RM1.2 juta untuk sekolah-sekolah lain.
BN juga mengagihkan bantuan sebanyak RM2.8 juta untuk bantuan perumahan dan cermin mata percuma, RM802,700 untuk program Bantuan Azam Tani Mara, RM2.5 juta untuk tukun tiruan dan RM500,000 untuk jeti perikanan.
Selebriti gred B
Ia tidak termasuk RM300,000 untuk Masjid Simpang Empat, RM118,000 untuk guru-guru prasekolah agama Kafa dan 33 masjid, RM30,000 dalam bentuk pinjaman TEKUN serta RM19,700 dalam bentuk zakat dari Agrobank.
Malangnya, hasil daripada perbelanjaan ini hanya berjaya diterjemahkan kepada peningkatan sebanyak 465 undi buat BN- daripada 10,520 undi pada 5 Mei lalu kepada 10,985 undi semalam - jumlah yang terlalu sedikit jika dibandingkan dengan usaha serta wang yang disalurkan kepada pemilih di kawasan itu.
Dan jika jumlah RM15.5 juta itu dibahagikan dengan tambahan 465 tersebut, BN sebenarnya membelanjakan RM32,258 untuk setiap tambahan undi.
Tambahan 465 undi itu juga sebenarnya hanya satu pertiga daripada jumlah majoriti PAS yang berjaya dikurangkan BN iaitu sebanyak 1,690 undi.
Jadi di mana silapnya BN sehingga mereka masih gagal menawan Sungai Limau walaupun mengerahkan banyak jentera kerajaan untuk membantu kempen?
Sama ada BN sedar atau tidak, kempen yang berorientasikan pembangunan dan kemakmuran hidup tidak cukup untuk memujuk emosi majoriti pemilih di kawasan kubu kuat PAS itu.
Pemilih Sungai Limau tahu jualan murah gula dan tepung pada harga RM1 sekilo, dan jualan 5 kilogram beras pada harga RM5 sewaktu Karnival Luar Bandar Rakyat 1Malaysia sehari sebelum hari mengundi tidak akan berlaku setiap hari walaupun BN menang.
Mereka juga tahu bahawa persembahan barisan selebriti gred B seperti Lan Pet Pet, Zehra Zamri, dan Achong Sweet Child sewaktu Himpunan Berani Hijrah Orang Muda Sungai Limau dua hari sebelum hari mengundi, sekadar hiburan picisan melepaskan batuk di tangga bagi memikat pengundi.
Godaan tawaran keduniaan
Buktinya, golongan muda yang menjadi sasaran program ini tidak juga memberikan kemenangan buat BN.
BN hanya berjaya diterima pemilih muda di kawasan kubu kuat mereka di Dulang Besar dan Dulang Kechil.
PAS, pada masa yang sama walaupun dilabel sebagai konservatif dan kurang memberikan tumpuan kepada pembangunan fizikal, berjaya menarik pengundi muda di banyak pusat mengundi, terutamanya di kubu kuat mereka di Bukit Besar dan Bukit Choras.
Dalam pilihan raya semalam juga, hanya 85.5 peratus (23,249) daripada keseluruhan pemilihan keluar membuang undi.
Soalnya, bagaimanakah 3,973 pengundi itu akan mengundi jika mereka membuang undi semalam?
Menjawab soalan ini, PAS mendakwa sekurang-kurangnya 3,666 orang penyokong mereka tidak mengundi semalam kerana ia jatuh pada hari Isnin yang merupakan hari bekerja.
Namun, BN juga merungut yang pemilihan hari mengundi ini turut mempengaruhi sokongan terhadap mereka dan bukan sahaja PAS.
Buat PAS, walaupun menang, hari-hari mendatang perlu dimanfaatkan sepenuhnya bermuhasabah bagi mencari diri dan mengukuhkan semula pengaruh mereka selepas bertahan habis-habisan dalam pilihan raya kecil ini.
Buat BN pula, pengaruh wang dan janji-janji pembangunan bukanlah strategi yang ampuh untuk menawan kubu kuat PAS yang selalunya tidak tergoda dengan tawaran keduniaan sedemikian.
Tampilkan postingan dengan label juta. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label juta. Tampilkan semua postingan
DAP gesa inkuiri awam siasat dana RM40 juta
Label: awam, dana, dap, gesa, inkuiri, juta, rm40, siasat Wartawan Sinar Harian
10 November 2012
10 November 2012
Lim Kit Siang
SHAH ALAM - Pemimpin veteran Pakatan Rakyat (PR) menggesa supaya satu inkuiri awam diadakan untuk menyiasat sumbangan dana politik RM40 juta kepada Umno Sabah oleh seorang ahli perniagaan yang didedahkan baru-baru ini.
Lim Kit Siang dari DAP berkata, daripada mengamalkan sindrom penafian berkenaan dengan masalah rasuah di Malaysia, pemimpin-pemimpin Umno seharusnya bertanggungjawab penuh dengan mempamerkan iltizam politik dan komitmen untuk melawan "rasuah besar" melibatkan pemimpin-pemimpin politik dan kerajaan.
"... bermula dengan satu inkuiri penuh berhubung skandal sumbangan politik Sabah RM40 juta melibatkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan ahli perniagaan balak Sabah, Micheal Chia," kata beliau di blognya, hari ini.
Lim Kit Siang dari DAP berkata, daripada mengamalkan sindrom penafian berkenaan dengan masalah rasuah di Malaysia, pemimpin-pemimpin Umno seharusnya bertanggungjawab penuh dengan mempamerkan iltizam politik dan komitmen untuk melawan "rasuah besar" melibatkan pemimpin-pemimpin politik dan kerajaan.
"... bermula dengan satu inkuiri penuh berhubung skandal sumbangan politik Sabah RM40 juta melibatkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan ahli perniagaan balak Sabah, Micheal Chia," kata beliau di blognya, hari ini.
Kenyataan itu terkandung dalam ucapannya yang disampaikan pada majlis pelancaran Angkatan Perubahan Sabah di Papar semalam.
Kit Siang, Ahli Parlimen veteran berkata, dengan ranking indeks rasuah merosot sepanjang dua dekad lalu dan keadaan semakin buruk berbanding ketika era Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun
Abdullah Ahmad Badawi, "bagaimana pemimpin-pemimpin Umno boleh memandang kecil masalah besar rasuah di Malaysia di bawah Umno?"
"Melainkan pemimpin-pemimpin Umno boleh menunjukkan bahawa bukan Umno, tetapi parti-parti Barisan Nasional seperti MCA, Gerakan, MIC dan parti-parti Sabah dan Sarawak yang harus memikul tanggungjawab besar berkenaan masalah rasuah besar di Malaysia?" katanya.
Semalam, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, masalah persepsi merupakan cabaran utama dalam mengukuhkan imej parti itu di persada politik tanah air.
Beliau berkata, selepas pilihan raya 2004, Umno bukan sahaja berhadapan dengan tohmahan pembangkang yang melabelkannya sebagai parti kronisme, elitis dan korup.
Malah terpaksa berhadapan dengan bekas anggota parti yang kecewa apabila gagal meraih kedudukan politik semasa bersama Umno hingga menjadi manusia yang angkuh hati dan sanggup menyebarkan persepsi buruk mengenai parti.
Beliau berkata, selepas pilihan raya 2004, Umno bukan sahaja berhadapan dengan tohmahan pembangkang yang melabelkannya sebagai parti kronisme, elitis dan korup.
Malah terpaksa berhadapan dengan bekas anggota parti yang kecewa apabila gagal meraih kedudukan politik semasa bersama Umno hingga menjadi manusia yang angkuh hati dan sanggup menyebarkan persepsi buruk mengenai parti.
Dana politik RM40 juta kepada Umno Sabah menjadi isu sejak dua bulan yang lalu. Perkara tersebut kini menjadi modal politik dan kontroversi dengan Pengarah Strategi PKR menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menjalankan siasatan mendalam.
Baru-baru ini, Setiausaha Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, dana RM40 juta yang diberikan kepada Umno Sabah oleh penyumbang yang ingin dirahsiakan namanya, yang kini dikaitkan dengan Chia, adalah bagi kegunaan perancangan program parti dan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Katanya, sumbangan yang diberikan itu adalah dari penyumbang yang percaya kepada dasar-dasar kepimpinan parti supaya dana itu boleh disalurkan untuk aktiviti parti dan perancangan program masa depan.
Kelebihan 465 undi BN bernilai RM15 juta
Label: 465, bernilai, bn, juta, kelebihan, rm15, undi
|
Arsenal Beli Mesut Ozil £42 5 Juta
Label: £42, 5, arsenal, beli, juta, mesut, ozil
ARSENAL yang dikritik hebat para peminatnya sendiri kerana gagal membawa masuk sebarang pemain baru sepanjang permulaan musim ini akhirnya berjaya membeli pemain antarabangsa Jerman, Mesut Ozil dari Real Madrid.
Ozil menandatangani perjanjian lima tahun dengan bayaran gaji sebanyak £140,000 seminggu selepas berjaya menjalani ujian perubatan di kelab Bayern Munich pada lewat Isnin.
Ujian perubatan itu terpaksa dibuat di Munich kerana Ozil perlu berada di bandar tersebut untuk merakamkan satu pengambaran komersial bersama skuad kebangsaan Jerman pada Isnin.
Pengurus Arsenal, Arsene Wenger mengesahkan pembelian itu.
“Saya telah menyatakan berulang kali bahawa bukanlah satu kerja yang mudah untuk membawa masuk seorang pemain ternama kerana ia melibatkan proses yang amat rumit tetapi akhirnya kita berjaya juga berkat kesabaran semua pihak dan saya berharap dengan pembelian ini semua para peminat akan berpuashati dan berasa gembira,” ujar Wenger.
Ozil, yang akan memakai jersi No 11 diyakinkan oleh dua orang rakan senegaranya di Arsenal iaitu Per Mertesacker dan Lucas Podolski untuk berhijrah ke London.
Pembelian itu juga menjadikan Ozil sebagai pemain Arsenal dengan pembayaran gaji paling tinggi dan paling mahal dalam sejarah kelab tersebut.
Rekod pembayaran paling tinggi sebelum ini dipegang oleh pemain antarabangsa Sepanyol Santi Cazorla yang dibeli pada harga £16.5 juta musim lalu.
Ketua Pegawai Eksekutif Arsenal, Ivan Gazidis menyifatkan Ozil sebagai pemain bertaraf lima bintang dan salah seorang pemain tengah yang terbaik di Eropah.
Real sebelum ini telah memaksa pengurus mereka, Carlo Anchelotti supaya membuat keputusan sama ada untuk menjual Ozil atau pemain Argentina Angel Di Maria supaya mereka dapat mengutip semula sebahagian daripada perbelanjaan besar yang dikeluarkan untuk membawa masuk pemain antarabangsa Wale, Gareth Bale yang dibeli pada harga rekod dunia pada Isnin iaitu sebanyak £87.5juta dari sebuah lagi kelab London, Tottenham Hotspurs.
Ini menyebabkan Ozil terpaksa menulis surat terbuka kepada para peminatnya dan Real Madrid untuk menjelaskan situasi sebenar yang membawa kepada perpindahannya ke London. Surat itu ditulis dalam empat bahasa termasuk bahasa Inggeris.
Arsenal yang sememangnya terdesak untuk membawa masuk sekurang-kurangnya seorang muka baru bertaraf bintang sebelum pintu perpindahan ditutup pada tengah malam Isnin di seluruh Eropah hampir-hampir terlepas untuk mendapatkan tanda tangan Ozil selepas juara Perancis Paris Saint-Germain turut menawarkan harga yang sama untuk pemain itu.
Bagaimanapun Wenger berjaya memintas dengan bantuan dua orang lagi pemain Jerman mereka untuk menyakinkan Ozil supaya memilih London berbanding kota Paris.
Ozil dibeli oleh Real Madrid dari Werder Bremen pada musim panas 2010 dengan harga perpindahan £12.4 juta. – mStar Online