ANALISIS Pada masa ini, BN mungkin boleh berpuas hati dengan kemampuan mereka mengurangkan hampir separuh majoriti PAS dalam pilihan raya kecil Sungai Limau.
PAS semalam menang dengan majoriti 1,084 undi berbanding 2,774 majoriti undi pada pilihan raya umum dalam bulan Mei yang lalu.
Sungai Limau yang mempunyai 19 daerah mengundi, menyaksikan PAS kehilangan empat daerah mengundi kepada BN - Sungai Limau, Kabu Sepuloh, Sedaka dan Padang Lumat.
Ironinya juga, PAS kini menguasai Sungai Limau dengan hanya menang di sembilan daerah mengundi berbanding BN yang menang di sepuluh daerah mengundi.
Bagaimana pun, analisis menunjukkan BN sebenarnya berbelanja terlalu besar untuk memperolehi peningkatan undi yang terlalu sedikit.
Menurut PAS, BN membelanjakan kira-kira RM15.5 juta dalam kempen mereka di Sungai Limau.
Jumlah itu meliputi RM5.5 juta untuk sekolah menengah agama, RM2.25 juta untuk sekolah jenis kebangsaan Cina, dan RM1.2 juta untuk sekolah-sekolah lain.
BN juga mengagihkan bantuan sebanyak RM2.8 juta untuk bantuan perumahan dan cermin mata percuma, RM802,700 untuk program Bantuan Azam Tani Mara, RM2.5 juta untuk tukun tiruan dan RM500,000 untuk jeti perikanan.
Selebriti gred B
Ia tidak termasuk RM300,000 untuk Masjid Simpang Empat, RM118,000 untuk guru-guru prasekolah agama Kafa dan 33 masjid, RM30,000 dalam bentuk pinjaman TEKUN serta RM19,700 dalam bentuk zakat dari Agrobank.
Malangnya, hasil daripada perbelanjaan ini hanya berjaya diterjemahkan kepada peningkatan sebanyak 465 undi buat BN- daripada 10,520 undi pada 5 Mei lalu kepada 10,985 undi semalam - jumlah yang terlalu sedikit jika dibandingkan dengan usaha serta wang yang disalurkan kepada pemilih di kawasan itu.
Dan jika jumlah RM15.5 juta itu dibahagikan dengan tambahan 465 tersebut, BN sebenarnya membelanjakan RM32,258 untuk setiap tambahan undi.
Tambahan 465 undi itu juga sebenarnya hanya satu pertiga daripada jumlah majoriti PAS yang berjaya dikurangkan BN iaitu sebanyak 1,690 undi.
Jadi di mana silapnya BN sehingga mereka masih gagal menawan Sungai Limau walaupun mengerahkan banyak jentera kerajaan untuk membantu kempen?
Sama ada BN sedar atau tidak, kempen yang berorientasikan pembangunan dan kemakmuran hidup tidak cukup untuk memujuk emosi majoriti pemilih di kawasan kubu kuat PAS itu.
Pemilih Sungai Limau tahu jualan murah gula dan tepung pada harga RM1 sekilo, dan jualan 5 kilogram beras pada harga RM5 sewaktu Karnival Luar Bandar Rakyat 1Malaysia sehari sebelum hari mengundi tidak akan berlaku setiap hari walaupun BN menang.
Mereka juga tahu bahawa persembahan barisan selebriti gred B seperti Lan Pet Pet, Zehra Zamri, dan Achong Sweet Child sewaktu Himpunan Berani Hijrah Orang Muda Sungai Limau dua hari sebelum hari mengundi, sekadar hiburan picisan melepaskan batuk di tangga bagi memikat pengundi.
Godaan tawaran keduniaan
Buktinya, golongan muda yang menjadi sasaran program ini tidak juga memberikan kemenangan buat BN.
BN hanya berjaya diterima pemilih muda di kawasan kubu kuat mereka di Dulang Besar dan Dulang Kechil.
PAS, pada masa yang sama walaupun dilabel sebagai konservatif dan kurang memberikan tumpuan kepada pembangunan fizikal, berjaya menarik pengundi muda di banyak pusat mengundi, terutamanya di kubu kuat mereka di Bukit Besar dan Bukit Choras.
Dalam pilihan raya semalam juga, hanya 85.5 peratus (23,249) daripada keseluruhan pemilihan keluar membuang undi.
Soalnya, bagaimanakah 3,973 pengundi itu akan mengundi jika mereka membuang undi semalam?
Menjawab soalan ini, PAS mendakwa sekurang-kurangnya 3,666 orang penyokong mereka tidak mengundi semalam kerana ia jatuh pada hari Isnin yang merupakan hari bekerja.
Namun, BN juga merungut yang pemilihan hari mengundi ini turut mempengaruhi sokongan terhadap mereka dan bukan sahaja PAS.
Buat PAS, walaupun menang, hari-hari mendatang perlu dimanfaatkan sepenuhnya bermuhasabah bagi mencari diri dan mengukuhkan semula pengaruh mereka selepas bertahan habis-habisan dalam pilihan raya kecil ini.
Buat BN pula, pengaruh wang dan janji-janji pembangunan bukanlah strategi yang ampuh untuk menawan kubu kuat PAS yang selalunya tidak tergoda dengan tawaran keduniaan sedemikian.
Tampilkan postingan dengan label bn. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label bn. Tampilkan semua postingan
Selepas tawan Selangor sampai giliran kerajaan BN Pusat pula
Label: bn, giliran, kerajaan, pula, pusat, sampai, selangor, selepas, tawan| Harakahdaily, | 24 Dis 2012 |
KUALA LUMPUR: PAS meminta semua rakyat menghukum kerajaan Barisan Nasional (BN) Pusat pula dalam pilihan raya umum akan datang setelah menghukum kerajaan BN Selangor dalam pilihan raya umum lalu.
Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, langkah ini perlu untuk membolehkan rakyat negara ini turut menikmati apa yang telah dinikmati oleh rakyat Selangor sekarang selepas mereka menghukum kerajaan BN Selangor dalam pilihan raya lalu.
Umno Selangor baru-baru ini mengakui kesilapan lampau mereka yang lalu dan menegaskan bahawa rakyat Selangor telahpun menghukum mereka, oleh itu tidak perlu untuk dibangkitkan isu-isu lama.
Mengulas kenyataan yang dibuat oleh Penyelaras BN Selangor Mohamad Zain Mohamad, Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata hukuman rakyat kepada Umno-BN di Selangor adalah satu tindakan yang tepat.
Ini kerana, tinjauan tindakan ini telah membebaskan mereka untuk menikmati kualiti hidup yang lebih baik, kebajikan rakyat dan peningkatan sumber tinjauan negeri tinjauan daripada pemerintahan Pakatan Rakyat.
“Oleh itu, kini sampai pula giliran rakyat menghukum kerajaan Pusat yang juga diterajui oleh kerajaan Umno-BN.
"Untuk menikmati ‘pembebasan’ dan kenikmatan manis yang dirasai rakyat yang berada di negeri Pakatan Rakyat, rakyat perlu bangkit menghukum kerajaan pusat pula,” kata beliau kepada Harakahdaily.
Tuan Ibrahim berkata permohonan maaf Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak cukup untuk rakyat mengembalikan sistem negara yang telah parah ini.
Umno-BN, katanya, akan mengulangi kesilapan yang sama kerana dasar dan kepimpinan mereka tetap kekal di takuk lama menyebabkan permohonan maaf Najib tidak mampu menyelesaikan sebarang masalah.
“Walaupun menerima kemaafan sikap terpuji, bukanlah bermakna kita perlu serahkan negara kepada Umno-BN. Berapa ramai orang memohon maaf, tetapi mengulangi semula kesilapan lampau?” tegas Pesuruhjaya PAS Pahang itu.
“Apa lagi kerajaan yang korup, salah guna kuasa, menzalimi rakyat dengan pelbagai sistem yang menekan rakyat sendiri, merompak wang royalti negeri Kelantan dan pelbagai kesalahan lagi. Kini sampailah giliran rakyat menghukum kerajaan Pusat di atas kesalahannya,” tegas Tuan Ibrahim.
Setelah ditekan dengan isu-isu membolot tanah dengan harga murah, Mohamad Zain telah meminta supaya DAP tidak mengungkit isu-isu lama terhadap BN Selangor kerana BN telah pun di hukum oleh rakyat Selangor pada pilihanraya 2008 yang lalu.
Zain berkata “rakyat telah pun menghukum kami dan tidak usahlah mengungkit-ngungkit perkara lama.”

SPRM digesa siasat premis awam jadi bilik gerakan BN
Label: awam, bilik, bn, digesa, gerakan, jadi, premis, siasat, sprm| Harakahdaily, | 19 Feb 2013 |
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Isu dan Strategik Badan Perhubungan PAS Negeri Perak menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) memantau kesemua 7,531 bilik gerakan pusat daerah mengundi (PDM) Barisan Nasional (BN) seperti mana yang telah diumumkan oleh Ketua Biro Publisiti dan Penerangan BN, Datuk Ahmad Maslan berdasarkan percanggahan penggunaan premis awam seperti dewan orang ramai atau balai raya. Koordinatornya, Salman Saleh berkata, umum mengetahui beberapa dewan orang ramai atau balai raya kini penuh dengan bendera BN, malah telah dijadikan PDM bagi BN menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.
“Sedangkan ianya bercanggah dengan Peraturan Baru SPR yang melarang semua premis awam digunakan bagi tujuan tertentu sahaja. Dan pihak kami juga merasakan kekesalan terhadap penggunaan dewan orang ramai atau balai raya untuk tujuan politik," katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Sehubungan itu, kata beliau pihaknya juga berharap pihak keselamatan melakukan pencegahan terhadap penyalahgunaan premis awam bagi tujuan politik dan berharap SPRM turut membuka kertas siasatan terhadap penyalahgunaan premis awam tersebut.
“Ianya jelas suatu unsur salah urus tadbir ke atas premis awam yang sepatutnya untuk kegunaan umum dan bukannya atas tujuan politik,” katanya.
PR Tuduh BN Ciplak Idea Manifesto PRU 13
Label: 13, bn, ciplak, idea, manifesto, pr, pru, tuduh
Di sebalik keyakinan Barisan Nasional (BN) bahawa manifesto yang dibentang malam tadi memenuhi aspirasi rakyat, pembangkang menyifatkan ia sebagai satu janji yang hambar, tidak ada keaslian dan kontang idea.Malah paling teruk, ia hanya merugikan rakyat, kata pemimpin-pemimpin PR.
Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, manifesto BN jelas menunjukkan sikap tidak bersungguh-sungguh kerajaan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat yang sememangnya dihimpit oleh tekanan ekonomi.
“Apabila duit ini disasarkan kepada golongan berpendapatan rendah, ini bermakna BN akan terus selama-lamanya mengekalkan rakyat Malaysia sebagai rakyat berpendapatan rendah,” ujar beliau ketika dihubungi Sinar Harian Online.
Menurut Saifuddin, hasrat kerajaan menyalurkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) berjumlah RM1,200 kepada rakyat berpendapatan kurang RM3,000 adalah satu usaha ke arah memastikan kebergantungan rakyat kepada kerajaan.
“Ini berbeza dengan pendekatan Pakatan Rakyat, pendekatan Pakatan Rakyat ialah menyelesaikan masalah struktur ekonomi dan pendekatan untuk melegakan tekanan hidup rakyat yang berupa meningkatnya kos kehidupan,” ujar beliau lagi.
Manifesto BN yang bertemakan “Menepati Janji Membawa Harapan” malam tadi antaranya menggariskan penambahan pemberian BRIM bagi setiap isu rumah, baucar buku dan bantuan persekolahan.
BN juga berhasrat menurunkan harga kereta dan mengurangkan bayaran tol antara bandar secara berperingkat-peringkat.
Menurut Saifuddin, tawaran itu adalah idea ciplak yang diambil dari manifesto popular perikatan pembangkang itu.
“Mereka nampaknya tak ada pilihan.
“Mereka mengulangi tawaran yang mereka kata boleh membankrapkan negara tetapi Barisan Nasional kini terpaksa menjilat kembali ludah mereka,” ujarnya lagi.
Pakatan menerusi manifesto yang dibentangkannya Februari lalu antara lain akan memastikan harga kereta di negara ini dapat dibeli dengan harga serendah RM25,000.
Perikatan itu juga akan memastikan tol dihapuskan dengan mengambi alih lebuhraya secara berperingkat-peringkat.
Ia juga berhasrat untuk memastikan setiap keluarga di Malaysia membawa pulang sekurang-kurangnya pendapatan RM4,000 sebulan selepas penggal pertama pentadbirannya.
Sementara itu, menurut Naib Presiden DAP, M. Kulasegaran, manifesto yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah manifesto untuk membeli undi.
“Ini manifesto untuk menang dalam pilihan raya sahaja. Bukan untuk menyenangkan masyarakat Malaysia atau satu haluan yang baik,” katanya.
Malah katanya, manifesto itu juga tidak menekankan secara khusus bagaimana kerajaan mahu melaksanakan pentadbiran negara dengan membina ekonomi yang lebih kukuh di masa akan datang.
“Walaupun dalam keadaan sekarang ekonomi kita tenat kerana masalah defisit, mereka mahu laksanakan manifesto seperti ini.
“Ia seperti kerajaan yang hendak merosakkan rakyat dengan memberi wang,” tambah beliau.
Ujarnya, berbanding BN, Pakatan Rakyat akan sentiasa dari semasa ke semasa memperhalusi manifestonya demi kesejahteraan rakyat.
“Itu adalah satu keperluan kepada mana-mana parti politik pun,” ujar beliau.
Sementara itu, menurut Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, manifesto BN adalah janji untuk meraih keuntungan politik semata-mata.
“Tawaran BN yang pada mulanya menggunakan pendekatan one-off kini dijadikan pemberian tahunan dilihat sebagai terdesak untuk menang PRU13,” ujar beliau.
Bahkan ujarnya, jika dilihat daripada jumlah peruntukan yang akan digunakan BN untuk mengurus negara lima tahun akan datang, ia jauh lebih besar daripada apa yang dipentukkan oleh PR.
“Oleh itu tawaran PR juga turut munasabah seperti BN,” katanya membidas dakwaan kononnya manifesto PR hanya akan membankrapkan negara. SUMBER
Kelebihan 465 undi BN bernilai RM15 juta
Label: 465, bernilai, bn, juta, kelebihan, rm15, undi
|