SPRM digesa siasat premis awam jadi bilik gerakan BN
Harakahdaily, | 19 Feb 2013 |
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Isu dan Strategik Badan Perhubungan PAS Negeri Perak menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) memantau kesemua 7,531 bilik gerakan pusat daerah mengundi (PDM) Barisan Nasional (BN) seperti mana yang telah diumumkan oleh Ketua Biro Publisiti dan Penerangan BN, Datuk Ahmad Maslan berdasarkan percanggahan penggunaan premis awam seperti dewan orang ramai atau balai raya.
Koordinatornya, Salman Saleh berkata, umum mengetahui beberapa dewan orang ramai atau balai raya kini penuh dengan bendera BN, malah telah dijadikan PDM bagi BN menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.
“Sedangkan ianya bercanggah dengan Peraturan Baru SPR yang melarang semua premis awam digunakan bagi tujuan tertentu sahaja. Dan pihak kami juga merasakan kekesalan terhadap penggunaan dewan orang ramai atau balai raya untuk tujuan politik," katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Sehubungan itu, kata beliau pihaknya juga berharap pihak keselamatan melakukan pencegahan terhadap penyalahgunaan premis awam bagi tujuan politik dan berharap SPRM turut membuka kertas siasatan terhadap penyalahgunaan premis awam tersebut.
“Ianya jelas suatu unsur salah urus tadbir ke atas premis awam yang sepatutnya untuk kegunaan umum dan bukannya atas tujuan politik,” katanya.

0 komentar:
Posting Komentar