Zarina Anjoulie Akhirnya Dijamin Adik Tiri
Selepas dua hari bermalam di Kompleks Penjara Kajang, pelakon dan model wanita kontroversi, Zarina Anjoulie, 27, akhirnya dibebaskan hari ini selepas dijamin oleh adik perempuan tirinya.
Zarina keluar dari bilik lokap kompleks mahkamah Petaling Jaya tepat jam 10 pagi tadi bersama-sama adik perempuan tirinya.
Artis itu telah diikat jamin sebanyak RM2,000 selepas tiada seorang ahli keluarganya tampil menjaminnya pada hari Rabu lalu.
Beberapa hari lalu, Zarina ditahan di kediamannya bersama-sama teman lelaki, Mohamad Fakhruzaim atas kesalahan memiliki sejenis dadah iaitu memiliki dua biji pil dadah Erimin 5 anggaran seberat 0.6 gram.
Pada Rabu lalu, Zarina mengaku tidak bersalah memiliki dadah jenis tersebut di mahkamah dan dikenakan ikat jamin sebanyak RM2,000.
Namun, Zarina tidak diikat jamin oleh ahli keluarganya, hanya teman lelakinya sahaja diikat jamin oleh abangnya.
Semoga, dengan kejadian yang menimpa diri Zarina itu tidak membuatkan dirinya dikecam dan dihentam oleh kita semua.
Ini kerana setiap manusia mempunyai kisah perjalanan hidup yang terkdang tersasar dari landasan sebenar sebagai manusia biasa.
Bukan itu sahaja, semoga dengan kes seperti ini memberikan kesedaran dan keinsafan buat diri Zarina agar berhati-hati dalam setiap perkara yang dilakukannya dan tidak mengulangi kesilapan yang mampu merosakkan kehidupannya sendiri.
0 komentar:
Posting Komentar