2 Nelayan Dihukum Mati Kerana Edar Dadah
ALOR SETAR – Dua nelayan dihukum gantung sampai mati setelah didapati bersalah atas tuduhan mengedar dadah tahun lalu oleh Mahkamah Tinggi Alor Setar di sini, Selasa.
Pesuruhjaya Kehakiman Mohd Zaki Abdul Wahab menjatuhi hukuman itu terhadap Abdul Aziz Yatim, 42, dan Abdun Hamid Masman, 44, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.
Abdul Aziz dari Langkawi manakala Abdun Hamid berasal dari Satun, Thailand didakwa secara bersama mengedar dadah jenis kanabis seberat 9,589 gram di atas sebuah vessel tiada nombor pendaftaran lebih kurang 0.2 batu nautika dari Pantai Kuala Jerlun, pada pukul 12.20 tengah hari 9 Jan 2012.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wan Nor Hasnita Wan Daud, manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Rahmatullah Baharuddeen. – BERNAMA
0 komentar:
Posting Komentar