Arsenal ‘Dimalukan’ Dortmund 1 2

. Selasa, 31 Desember 2013

JARINGAN kemenangan oleh penyerang Borussia Dortmund, Robert Lewandowski kembali meletakkan pendahulu Liga Perdana Inggeris, Arsenal kembali berpihak ke bumi yang nyata.

Selepas cemerlang meraih kemenangan demi kemenangan dalam saingan domestik, Arsenal kendalian Arsene Wenger akhirnya tewas 1-2 kepada kelab Jerman itu pada aksi ketiga peringkat kumpulan saingan Liga Juara-Juara Eropah, awal pagi tadi.

Beraksi di laman sendiri, Arsenal ketinggalan menerusi jaringan Henrik Mkhitaryan minit ke-16 sebelum Olivier Giroud menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke-41.

Namun jaringan kemenangan Lewandowski pada minit ke-82 memastikan persaingan dalam Kumpulan F itu kembali terbuka.

Arsenal, Dortmund dan Napoli berkongsi enam mata manakala Marseille tercorot tanpa sebarang mata selepas tewas 1-2 kepada Napoli, awal pagi tadi.

Sementara itu, satu lagi wakil England, Chelsea berjaya merampas tangga teratas Kumpulan E selepas menewaskan pendahulu sebelumnya, Schalke 3-0 di gelanggang lawan untuk kedua-dua pasukan kini berkongsi enam mata selepas tiga perlawanan.

Fernando Torres menjaringkan dua gol pada minit ke-5 dan 68 manakala Eden Hazard melengkapkan kemenangan skuad kendalian Jose Mourinho itu dengan gol ketiga pada minit ke-87.

Lapan lagi perlawanan bagi Kumpulan A, B, C dan D bakal berlangsung awal pagi esok, antara yang menarik Manchester United bertemu Real Sociedad, Real Madrid bertemu Juventus dan CSKA Moscow bertemu Manchester City.

0 komentar: